Sejuta pindah gempa bumi melanda Chile

Sejuta pindah gempa bumi melanda Chile

SANTIAGO, 17 Sept (AFP) – Gempa bumi kuat 8.3 magnitud melanda Chile semalam, membunuh kira-kira lapan orang, yang memaksa pemindahan sejuta orang dan mencetuskan amaran bahawa gelombang tsunami mungkin sampai sehingga ke Jepun.

Bangunan-bangunan yang sejauh-jauhnya di Buenos Aires, Argentina, turut bergoyang. Di Chile orang ramai berlari keluar menuju jalan raya dalam ketakutan.

Rakaman TV di bangunan menunjukkan lantai-lantai kedai penuh dengan botol-botol pecah dan barangan dagangan yang tumpah.

Itu adalah gempa bumi keenam paling kuat dalam sejarah Chile yang cenderung dilanda gempa bumi dan paling kuat di dunia tahun ini, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Mahmoud Aleuy.

Dalam memberikan angka kematian dan pemindahan, Aleuy berkata 245,000 keluarga tidak menerima bekalan elektrik.

Seorang lelaki melintasi jalan berhampiran sebuah rumah yang musnah selepas gempa bumi melanda Illapel, kira-kira 200km utara Santiago pada 17 September. – AFP
Seorang lelaki melintasi jalan berhampiran sebuah rumah yang musnah selepas gempa bumi melanda Illapel, kira-kira 200km utara Santiago pada 17 September. – AFP

Gegaran gempa kuat diiringi selepas gempa pertama, dan amaran tsunami dikeluarkan beberapa jam di pantai Chile. Namun ia dibatalkan hari ini. Kebanyakan penduduk lari ke lapangan yang lebih tinggi.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di New Zealand dan negara lain di Pasifik.

Wilayah tengah Choapa yang paling dekat dengan tempat pusat gempa diisytiharkan zon bencana dan diletakkan di bawah kawalan tentera.

Pusat Cerapan Geologi AS (USGS) meletakkan gempa luar pesisir pada magnitud 8.3 dan berkata ia melanda 228 kilometer utara Santiago, sebuah bandar yang mempunyai 6.6 juta penduduk.

“Pergerakan bermula perlahan, kemudian lebih kuat dan lebih kuat,” kata penduduk Santiago Jeannett Matte.

“Kami berada di tingkat 12 dan kami sangat takut kerana ia tidak berhenti. Mulanya dari sisi ke sisi, kemudian seperti lompatan sedikit.”

Menteri Dalam Negeri Jorge Burgos berkata pemindahan di bandar pantai dan bandar-bandar telah diarahkan sebagai langkah awal.

Kelas-kelas dibatalkan di kawasan pantai. “Kami tahu mungkin ada lebih banyak lagi kejutan lanjur dan dengan itu kita mesti terus menilai situasi dari minit ke minit,” kata Bachelet.

Amaran tsunami pada awalnya dikenakan bagi keseluruhan Chile dan garisan pantai Pasifik Peru.

Antara yang terkorban adalah seorang wanita di Illapel, berhampiran pusat gempa dan seorang lelaki berusia 86 tahun di Santiago, yang mana di situ berlaku suasana hiruk pikuk apabila ribuan melarikan diri dalam keadaan terhuyung-hayang.

Illapel yang paling teruk terjejas, iaitu sebuah bandar pantai yang mempunyai 30,000 penduduk, mengalami terputusnya bekalan elektrik dan beberapa buah rumah rosak.

Di pantai La Serena, di utara Chile, “orang ramai berlari di semua arah,” kata seorang penduduk, Gloria Navarro, yang turut dirasakan penduduk di Argentina.

ARTIKEL YANG SAMA