Sek Fairview sambut Hari Guru

Sek Fairview sambut Hari Guru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fairview

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Sebagai penghargaan atas usaha dan bimbingan guru-guru, Sekolah Fairview, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang berlangsung di perkarangan sekolah berkenaan, di Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Akademik Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Hussein.

Selain menyemarakkan lagi sambutan Hari Guru di negara ini, majlis juga menjadi wadah kerjasama erat dan padu dalam kalangan warga kerja akademik dan bukan akademik, pentadbiran serta para pelajar sekolah berkenaan dalam meraikan golongan pendidik yang dihormati.

Murid-murid Sekolah Fairview turut bersalam-salaman dengan guru-guru.
Murid-murid Sekolah Fairview turut bersalam-salaman dengan guru-guru.
Murid-murid menulis ucapan, khas ditujukan kepada guru-guru yang disayangi.
Murid-murid menulis ucapan, khas ditujukan kepada guru-guru yang disayangi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan sebelum diteruskan dengan bacaan doa selamat dan ucapan daripada ketua pengawas sekolah berkenaan, Dayang Siti Nooraini binti Haji Ali Hakbar diikuti dengan nyanyian berkumpulan oleh pelajar tadika.

Turut memeriahkan majlis ialah persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Tahun 2, deklamasi sajak oleh pelajar rendah bawah dan atas di samping diselangi dengan kuiz dan penyampaian kad serta bunga kepada guru-guru.

Ucapan Guru besar Sekolah Fairview Hajah Samsiniah binti Haji Kepli mengakhiri majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA