Sek. St James prihatin

Sek. St James prihatin

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 9 Julai – Seramai lapan orang anak yatim yang belajar di Sekolah St. James Kuala Belait, hari ini, menerima sumbangan derma hasil kutipan daripada kakitangan, guru serta pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Penyampaian derma berkenaan berlangsung di Bilik Persidangan sekolah berkenaan dan disempurnakan oleh Pengetua sekolah, Haji Mohd Masa Masdi bin Mohd Sa’idun

Dalam temu bual bersama Media Permata, salah seorang penerima, Sonia Rachel Ramesh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan menyatakan perasaan terharu atas usaha pentadbiran Sekolah St James untuk membantu pelajar-pelajarnya.

Menurut Haji Mohd Masa Masdi, aktiviti seumpama ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Ugama sekolah itu khususnya dalam bulan Ramadan dan bagi persiapan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan kesedaran dalam kalangan pelajar-pelajarnya untuk sentiasa menghulurkan bantuan dengan apa cara sekalipun selain daripada pemberian wang, dan diharap kegiatan seperti ini akan menyedarkan semua dan berdikari serta belajar untuk memahami situasi mereka yang kurang berkemampuan.

Kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar yang menerima derma bergambar ramai selepas majlis itu.
Kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar yang menerima derma bergambar ramai selepas majlis itu.

Kesemua pelajar juga diharap akan dapat menyuntik semangat dan tabiat untuk membantu masyarakat yang kurang upaya bila masa memerlukan mereka, tambah beliau.

Dalam masa yang sama, Sekolah St James juga telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh 11 orang guru serta 14 orang murid, yang juga merupakan sebagai salah satu aktiviti keagamaan di bulan Ramadan.

Manakala itu, sebelum mengakhiri musim persekolahan, Perjumpaan Guru dan Ibu Bapa turut diadakan bagi membincangkan prestasi pelajaran para pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA