Sek Ugama Beribi anjur majlis khatam

Sek Ugama Beribi anjur majlis khatam

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 56 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Beribi Gadong terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan menyertai majlis khatam Al-Quran, yang berlangsung di Dewan Fathul Busyra, sekolah berkenaan.

Guru Besarnya, Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Bakar, mengatakan majlis khatam Al-Quran itu adalah merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam (JPI), yang bertujuan untuk memastikan setiap pelajar yang menyertai majlis khatam itu benar-benar telah menamatkan bacaan 30 Juz.

Selain itu, penyertaan majlis khatam yang semakin bertambah dari setahun ke setahun itu juga adalah sebagai galakan kepada para pelajar agar sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan cara yang betul dan lancar setiap hari, sebelum mereka menamatkan persekolahan Darjah 6.

Katanya lagi, majlis ini juga diharap akan dapat mengeratkan lagi kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru dan pelajar dalam sama-sama menjayakan majlis keagamaan di sekolah-sekolah dengan pihak JPI juga telah melaksanakan program 1 Minggu 1 Juz.

Haji Abdul Rahman bersama guru-guru dan ibu bapa hadir memeriahkan majlis khatam Sekolah Ugama Beribi Gadong.
Haji Abdul Rahman bersama guru-guru dan ibu bapa hadir memeriahkan majlis khatam Sekolah Ugama Beribi Gadong.
Seramai 56 orang pelajar lelaki dan perempuan menyertai majlis khatam Al-Quran Sekolah Ugama Beribi Gadong.
Seramai 56 orang pelajar lelaki dan perempuan menyertai majlis khatam Al-Quran Sekolah Ugama Beribi Gadong.

Program berkenaan sedikit sebanyak dapat menggalakkan para pelajar dan ibu bapa serta penjaga untuk turut sama memastikan anak-anak mereka membaca Al-Quran mengikut buku catatan yang telah diberikan.

“Ada pun tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar membaca Al-Quran secara berterusan bukan hanya sekadar mengkhatamkannya malahan menjadikan sebagai satu amalan harian,” ujar Pengiran Hajah Aminah lagi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi dan isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh para peserta khatam dan juga Doa Khatam. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban daripada para peserta khatam dan renjisan minyak wangi oleh tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA