Sekat pasport cegah anak sertai militan IS

Sekat pasport cegah anak sertai militan IS

LONDON, 19 Okt – Para ibu bapa dari Britain yang bimbang anak-anak mereka yang berusia 16 tahun dan 17 tahun mungkin pergi ke Syria atau Iraq dibawah pengaruh militan, akan dapat memohon supaya pasport anak-anak mereka disekat, Perdana Menteri David Cameron akan mengatakan hari ini.

Langkah itu bertujuan menggendalakan ramai anak-anak muda Britain yang diumpan oleh ideologi radikal kumpulan Negara Islam (IS) untuk menyertai kumpulan militan yang berjuang di Timur Tengah.

Cameron berkata menumpaskan para pejuang militan Islam adalah ‘perjuangan generasi kita’.

“Strategi Cegah faham Pelampau kerajaan’ adalah tanda jelas pilihan yang terpaksa kami buat untuk mengambil ideologi beracun ini dengan azam, tekad dan matlamat membina Britain yang lebih besar,” dia akan menyatakan demikian, menurut petikan dari ucapannya.

“Dan bahagian penting pendekatan baru ini akan seterusnya melindungi anak-anak dan mudahnya orang ramai terdedah kepada risiko radikal dengan memperkasa para ibu bapa dan institusi-institusi awam dengan semua nasihat, alat dan bantuan praktikal yang mereka perlukan.”

Cameron juga akan mengatakan sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan pengganas atau kegiatan pelampau akan secara automatik ditegah dari bekerja dengan kanak-kanak dan mereka yang mudah terdedah pada bahaya.

Kerajaan berkata tahun lalu terdapat bilangan kes belia Britain yang membuat perjalanan ke Syia dan Iraq untuk menyertai IS.

Menurut perangkaan polis yang terkini, 338 penangkapan berkaitan cegah keganasan, 157 berkaitan dengan Syria dan 56 orang berusia dibawah 20 tahun, menurutnya. – Reuters