Sekatan akhbar Al Wasat ditarik balik

Sekatan akhbar Al Wasat ditarik balik

DUBAI, 9 Ogos (Reuters) – Bahrain telah menarik balik sekatan pada akhbar utama pembangkang yang mana ia telah dikenakan sejak beberapa hari lepas, menuduhnya atas ancaman kesatuan negara dan hubungan dengan negara lain, agensi berita rasmi BNA melaporkan.

“Lembaga Hal Ehwal Maklumat (IAA) mengumumkan hari ini bahawa sekatan baru-baru ini terhadap akhbar Al Wasat telah ditarik balik,” BNA melaporkan lewat kelmarin.

“Penyambungan semula operasi akhbar diikuti rundingan di antara IAA dan pasukan pengurusan akhbar tersebut bagi memperbaiki undang-undang lalu dan kegagalan peraturan, dan satu komitmen dari akhbar tersebut bagi memenuhi piawaian yang diperlukan di masa depan.

Al Wasat seketika telah ditutup pada 2011, dan pekerja-pekerja kanannya telah disingkir dan didakwa, ekoran kejadian bantahan anti-kerajaaan.

Bahrain, yang mana menghoskan Armada Kelima Amerika Syarikat (AS), telah mengalami kegawatan sekali-sekala sejak para demonstrasi membuat bantahan di jalan raya bagi menuntut pembaharuan dan peranan yang lebih besar dalam kerajaan. Pemberontakan itu telah dihentikan dengan bantuan ketenteraan dari Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA