Sekatan IS, penduduk Aleppo terperangkap

Sekatan IS, penduduk Aleppo terperangkap

DAMSYIK, 29 Okt (AFP) – Ratusan ribu penduduk Aleppo terperangkap dengan harga barangan asas yang melambung tinggi selepas kumpulan jihad menyekat laluan tunggal untuk kawasan rejim di bandar kedua Syria.

Kumpulan Negara Islam minggu lalu menyekat laluan jalan selatan bandar yang merupakan laluan keluar utama bagi sebahagian penduduk di barat Aleppo itu.

Dengan sekatan itu, segala kos daripada bahan tomato sehinggalah ke bahan petrol telah melambung naik yang kini dihadapi oleh penduduk Aleppo.

“Jika sekatan ini berlarutan sehingga tempoh lima hari, ia akan membuatkan penduduk tertekan,” Salaheddin, 45, seorang ejen hartanah dari kejiranan Saif al-Dawla, memberitahu AFP melalui telefon.

Aleppo telah dibahagikan antara kawalan kerajaan di barat dan pemberontak di timur sejak peperangan melanda negara itu pada pertengahan tahun 2012.

Lebuh raya utama Aleppo-Damsyik di luar bandar telah disekat oleh pemberontak sejak itu, tetapi tentera rejim tahun lalu membuka satu lagi laluan jalan melalui bandar-bandar Safireh dan Khanasser yang dikawal oleh kerajaan Hama dan Homs.