Sekatan jalan di Kg Kiudang

Sekatan jalan di Kg Kiudang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 19 Sept – Ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Kiudang bersama Pasukan Polis Diraja Brunei cawangan Balai Polis Lamunin telah mengadakan sekatan lalu lintas di sekitar Kampung Kiudang, baru-baru ini.

Operasi selama dua jam bermula 10 malam itu telah melibatkan seramai lapan orang ahli PK Kampung Kiudang dan 10 anggota pasukan Polis yang turut disertai Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja.

Sebelum operasi dimulakan di dua lokasi iaitu di hadapan Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Gerai Muafakat Kampung Kiudang, sesi taklimat telah disampaikan oleh ketua operasi Balai Polis Lamunin.

Antara tujuan operasi ini diadakan adalah bagi menjalinkan kerjasama bersepadu dalam sama-sama menjaga ketenteraman dan keselamatan kampung daripada kegiatan yang tidak sihat serta sebarang jenayah.

Ahli-ahli PK Kampung Kiudang dan cawangan Balai Polis Lamunin yang ikut serta menjalankan operasi sekatan lalu lintas baru-baru ini.
Ahli-ahli PK Kampung Kiudang dan cawangan Balai Polis Lamunin yang ikut serta menjalankan operasi sekatan lalu lintas baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA