Sekatan Jalan di Panaga

Sekatan Jalan di Panaga

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 20 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei dengan kerjasama Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, malam tadi, telah mengadakan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah bersama di kawasan perumahan kampung berkenaan.

Operasi yang turut menjalankan sekatan jalan raya bermula dari jam 10 malam semalam hingga 12 tengah malam itu disertai 12 anggota Balai Polis Seria bersama sembilan orang ahli pengawasan kejiranan, yang diketuai Pegawai Penguasa Balai Polis Seria P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abdul Aziz.

Hadir sama ialah Penolong Penguasa Balai Polis Seria P/ASP Haji Mohd Helmy bin Haji Abdullah dan Pengerusi Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, Haji Hassan bin Tuah.

Sementara itu sekatan jalan raya telah dibuat di kawasan Jalan Tengah di Panaga, Seria yang mana objektif sekatan tersebut adalah untuk memeriksa kenderaan dan pejalan kaki yang ditemui semasa operasi serta menahan mana-mana pengguna jalan raya yang menyalahi undang-undang lalu lintas.

Menurut Haji Hassan tujuan utama operasi itu dijalankan adalah untuk memata-matai keselamatan jiran dan penduduk kampung demi menjaga keamanan keselamatan dan kesejahteraan persekitaran, dan juga untuk mencegah kegiatan jenayah seperti pecah rumah dan curi. Sepanjang rondaan dan sekatan jalan raya dibuat tidak ada sebarang kesalahan jenayah berlaku.

Operasi rondaan malam kelmarin itu turut menjalankan sekatan jalan raya bagi kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
Operasi rondaan malam kelmarin itu turut menjalankan sekatan jalan raya bagi kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA