Sekatan PBB terhadap Korea Utara

Sekatan PBB terhadap Korea Utara

NEW YORK, 7 Jan – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk menghukum Korea Utara selepas Pyongyang mengumumkan kejayaannya menjalankan ujian bom hidrogen. Dengan sokongan China, negara sekutu utama Pyongyang selama ini, semua 15 anggota Majlis Keselamatan mengutuk keras ujian berkenaan sekali gus memerlukan PBB membuat resolusi baharu bagi menguatkan lagi tindakan di masa depan.

Diplomat Amerika Syarikat mengesahkan rundingan sedang dijalankan untuk mengukuhkan beberapa perkara berkaitan sekatan untuk dilaksanakan terhadap Korea Utara sejak ujian pertama nuklearnya pada 2006.

Pengumuman Pyongyang mengenai ujian itu semalam mengheret kepada kecaman komuniti antarabangsa termasuk China dan Washington.

Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye menyifatkan tindakan terbaharu jirannya itu sebagai satu ‘provokasi maut’ dan meminta reaksi balas yang lebih keras terhadap Korea Utara. “Saya menuntut DPRK (Korea Utara) menggantung semua kegiatan nuklearnya,” kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. – AFP