Sekitar majlis pengurniaan bintang dan Santap Diraja

Sekitar majlis pengurniaan bintang dan Santap Diraja

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 16 penerima sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 Tahun, dalam majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Pahlawan’ kepada empat penerima iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis, Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, 286 Brigadier Jeneral Pengiran Dato Paduka Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, 309 Laksamana Pertama Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan 318 Brigedier Jeneral (U) Haji Hamzah bin Sahat.

Istiadat diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran ‘Dato Paduka’ kepada dua penerima iaitu Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz dan Pengarah Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim.

Sementara itu, tiga orang penerima dikurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) iaitu Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Haji Abdul Rahman bin Mat Zin dan Hajah Zakiah binti Haji Mohamad Taib.

pg04_150817_a

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenaan mengurniakan bintang-bintang kebesaran kepada salah seorang daripada 16 penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenaan mengurniakan bintang-bintang kebesaran kepada salah seorang daripada 16 penerima.

pg04_150817_c

pg04_150817_d

Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan kerabat diraja serta tetamu jemputan, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Raghad Kurdi Taib di majlis Santap Diraja, kelmarin.

pg04_150817_g

pg04_150817_h

pg04_150817_e

pg04_150817_j

pg04_150817_i

Antara para diplomat dan orang ramai yang menghadiri majlis itu, kelmarin.
Antara para diplomat dan orang ramai yang menghadiri majlis itu, kelmarin.

Manakala itu, tujuh penerima dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Awang Roslan bin Haji Taja’ah, Penguasa Kanan Polis Awang Mohamad bin Metusin, Hajah Lily binti Haji Kula, Dr. Hajah Roselina binti Dato Paduka Haji Yaakub, Dr. Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid dan Dr. Grace Jessica Ang.

Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.