Sekolah Arab Sg. Akar julang kejuaraan

Sekolah Arab Sg. Akar julang kejuaraan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Sekolah Arab Sungai Akar menjulang kejuaraan Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta kawasan Brunei IIA, 2016 selepas menang tipis 1-0 ke atas Sekolah Rendah (SR) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tempat ketiga pula menjadi milik Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) yang berjaya menewaskan SR Lambak Kanan (LK) Jalan 10 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Penjaga gol Sekolah Arab Sungai Akar, Muhd Khairul Hisyam bin Haji Norihwan yang cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti ISB semasa separuh akhir dan mengekalkan pasukannya tanpa bolos di perlawanan akhir telah dipilih selaku Pemain Terbaik kejohanan.

Satu lagi anugerah individu iaitu Penjaring Terbanyak telah dihadiahkan kepada pemain Jersi 18 SR Anggerek Desa, Mohd Danish Syariee bin Mohd Masrazni.

Haji Zakaria (4 kiri dari barisan belakang) bersama juara, Sekolah Arab Sungai Akar.
Haji Zakaria (4 kiri dari barisan belakang) bersama juara, Sekolah Arab Sungai Akar.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Zakaria bin Haji Duraman.

Kejohanan yang telah diadakan di padang bolasepak SR Pulaie berkenaan merupakan aktiviti tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA