Sekolah Bakti Dewa anjur Karnival Hari Keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Sekolah Bakti Dewa cawangan Berakas

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Sekolah Bakti Dewa cawangan Jerudong dan Berakas kelmarin telah mengadakan Karnival Hari Keluarga bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengasas Sekolah Bakti Dewa, Pengiran Hajah Mariam binti Pengiran Haji Ahmad @Pengiran Haji Dewa Ahmad dan Pengarah Eksekutif sekolah berkenaan, Pengiran Anak Hafeezah Syukrina binti Pengiran Anak Haji Hassanuddin Al-Hajj.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, doa sekolah dan senaman memanaskan badan serta diikuti dengan pelbagai aktiviti menarik.

Menurut salah seorang guru dalam kenyataan yang diberikan, mengatakan karnival yang diadakan bersempena Hari Keluarga Antarabangsa dan juga Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia itu bukan saja menekankan kecemerlangan akademik namun bagi memberi peluang kepada para pelajarnya untuk meluangkan masa dan berhibur bersama keluarga dan guru.

Para pelajar bersama keluarga mereka dan guru-guru bergambar ramai dalam Karnival Hari Keluarga.
Para pelajar bersama keluarga mereka dan guru-guru bergambar ramai dalam Karnival Hari Keluarga.
Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival tersebut.