Sekolah dicutikan akibat harimau bintang

Sekolah dicutikan akibat harimau bintang

NEW DELHI, India, Feb 10 – Dalam satu kejadian yang pelik, sebuah sekolah di bandar selatan India, Bengaluru, kelmarin diisytiharkan bercuti selepas tiga ekor harimau bintang telah dikesan berhampiran kampus.

Seorang pegawai Jabatan Perhutanan berkata harimau pertama dikesan tersesat ke premis sekolah Vibgyor pada Ahad lalu, manakala dua yang lain didapati berhampiran kawasan kampus pada petang Selasa.

“Berikutan daripada tiga kucing liar yang tersesat dan memasukki kawasan kampus sekolah, sekolah ini telah diisytiharkan bercuti untuk sehari, ikuti arahan kami,” katanya dengan tidak mahu namanya disiarkan.

Tiga orang pegawai dari Jabatan Perhutanan cedera pada Ahad lalu apabila mereka cuba untuk menankap harimau pertama yang dikesan di sekolah itu.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan kedua-dua harimau bintang lain dan menangkap mereka,” kata pegawai itu, sambil menambah bahawa penduduk yang berdekatan diminta untuk kekal berjaga-jaga. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA