Sekolah ditutup, banjir di bandar Filipina

Sekolah ditutup, banjir di bandar Filipina

MANILA, 6 Julai (Reuters) – Semua perkhidmatan perkapalan telah diarahkan untuk kekal di pelabuhan dan beberapa penerbangan juga telah dibatalkan di utara Filipina, sementara sekolah-sekolah telah ditutup di bandar Manila, hari ini disebabkan banjir dan tanah runtuh yang diakibatkan oleh ribut tropika, menurut para pegawai bencana.

Amaran ribut telah dikeluarkan di 14 buah kawasan di pulau Luzon Filipina ketika ribut tropika Linfa bergerak perlahan melintasi utara kepulauan Asia Tenggara dengan membawa kelajuan angin maksimum kira-kira 100km sejam (60 bsj).

Pengarah eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Alexander Pama mengatakan ribut itu akan membawa hujan lebat dalam radius 400km. Ribut itu dinamakan Egay di Filipina.

“Kami sedang menangguhkan semua perjalanan laut dan operasi menangkap ikan di utara kerana kami menjangkakan ombak laut akan setinggi 4 meter (13 kaki), menurut Pama.

“Kami tidak mahu sebarang kehilangan nyawa atau mana-mana kemalangan,” katanya.

Unit tentera telah bersiap sedia untuk memindahkan orang ramai ke tempat perlindungan sementara jika diperlukan, kata Pama.

Kerajaan telah menjangkakan kemusnahan tanaman di kawasan penghasilan beras di utara Luzon. Linfa membuat turunan hujan di utara pulau itu pada Sabtu iaitu kira-kira 135km dari barat daya bandar Laoag, Luzon hari ini.

Puratanya 20 taufan melintasi Filipina setiap tahun. Haiyan, taufan paling kuat pernah membuat turunan di Filipina, telah mengorbankan lebih 6,300 orang dan mengakibatkan 1,000 hilang pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA