Sekolah Fairview ceriakan sambutan hari lebaran

Sekolah Fairview ceriakan sambutan hari lebaran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fairview

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Bagi memeriahkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam bulan Syawal, Sekolah Fairview baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah yang berlangsung di Kawasan Lapang Sekolah Fairview, Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pengarah Akademik Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Husien. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Awang Norazmi bin Haji Ahad.

Acara kemudiannya dimeriahkan dengan peraduan pakaian cantik bagi murid-murid pra sekolah dan juga persembahan nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid peringkat rendah bawah dan atas.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang peraduan pakaian cantik yang disampaikan oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan acara bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan.

Suasana semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Fairview di Kawasan Lapang Sekolah Fairview, Berakas.
Suasana semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Fairview di Kawasan Lapang Sekolah Fairview, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA