Sekolah Fairview hargai pelajar berjaya

Sekolah Fairview hargai pelajar berjaya

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Dengan bertemakan ‘Belajar, Menyingkap dan Merubah Dunia’ Sekolah Fairview baru-baru ini mengadakan program akhir 2015 di Dewan Sekolah Rendah Dato Basir di sini.

Majlis yang turut dihadiri Pengarah Akademik sekolah berkenaan, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Hussain itu bertujuan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam ujian dan peperiksaan terutama kepada mereka yang mendapat tiga tempat teratas di dalam kelas masing-masing.

Ia juga menjadi platform menunjukkan kebolehan pelajar yang telah menimba ilmu di sepanjang tahun sebagai praktikal dan sekali gus meraikan kejayaan semua warga sekolah dalam menjayakan tahun 2015 dan menyambut tahun 2016 yang bakal datang sedikit masa lagi.Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para ibu bapa dan guru-guru serta jemputan khas yang lain. Pelbagai persembahan oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang berkonsepkan antarabangsa menyemarakkan majlis sebelum disusuli penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

Sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat sempena program akhir 2015 Sekolah Fairview.
Sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat sempena program akhir 2015 Sekolah Fairview.

ARTIKEL YANG SAMA