Sekolah Freda Radin rai kejayaan pelajar

Sekolah Freda Radin rai kejayaan pelajar

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Bagi memberi penghargaan kepada pencapaian para pelajar, Sekolah Freda Radin telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi pelajar-pelajarnya, bertempat di dewan Pusat Pembangunan Belia, di Tanah Jambu, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Penolong Pegawai di Unit Bimbingan Kerjaya, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Dayang Siti Farahsita binti Haji Mohd Yusof.

Guru Besar Sekolah Freda Radin, Pengiran May Fazura binti Pengiran Haji Radin Hanafi dalam ucapan alu-aluannya telah menjelaskan bahawa acara berkenaan adalah bertujuan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian para pelajarnya dan pada masa yang sama jua bagi mengasah bakat yang berpotensi dari kalangan para pelajar.

Beliau juga menambah bahawa acara berkenaan juga dihasrat dapat memupuk hubungan yang lebih erat di antara penjaga, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar, di samping untuk memotivasikan pelajar-pelajar tadika mereka yang akan berada di Tahun 1 dan pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan berada di Tahun 7 pada tahun depan.

Persembahan pentas daripada kalangan pelajar Tahun 6.
Persembahan pentas daripada kalangan pelajar Tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA