Sekolah giatkan persiapan peperiksaan

Sekolah giatkan persiapan peperiksaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Cuti penggal kedua persekolahan akan berakhir minggu ini dan pelajar yang akan menjalankan peperiksaan penting akan mula menumpukan semula pembelajaran mereka bermula 25 Julai ini.

Bagi pelajar-pelajar ini, beberapa persiapan perlu dijalani untuk menghadapi ujian besar dan beberapa buah sekolah di seluruh negara sudah pun menyediakan program yang akan menguji tumpuan mereka kelak.

Bagi guru-guru pula, persiapan juga giat dilaksanakanan antaranya memberikan ujian (CPT) kepada pelajar untuk menilai sejauh mana persediaan dan kefahaman pelajar. Menurut Guru Sekolah Menengah Tanjong Maya, Dayang Khairunnisa binti Haji Ariffin, sekolah akan memberikan ujian checkpoint test (CPT) kepada pelajar untuk mengkaji dan menganalisa kefahaman pelajar serta mengenal pasti weaktest items/areas yang dihadapi oleh para pelajar.

Dayang Khairunnisa juga berkata, CPT tersebut akan menggunakan strategi ulang kaji yang berkesan memfokuskan weaktest areas dan membantu para pelajar yang berpotensi untuk mendapat gred cemerlang secara individu atau kelompok kecil.

Sekolah juga akan sentiasa memberikan sesi maklum balas kepada pelajar-pelajar tentang kewahaman atau kesukaran yang dihadapi oleh pelajar, sentiasa memberikan ujian CPT untuk membangkitkan sense of urgency bagi menghadapi peperiksaan nanti dan mengharapkan para pelajar membuat latihan-latihan yang diberikan di rumah serta menggunakan teknik ulang kaji secara efektif. Selain itu, pihak sekolah juga sentiasa menasihati pelajar membuat persediaan secara fizikal, mental, emosi dan rohani.

Manakala Ketua Cluster 8, Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdulrahman ketika di temu bual berkata, pihak sekolah-sekolah di seluruh Daerah Brunei Muara sedang giat menjalankan program CPT3 iaitu fokus pembelajaran pelajar tahun 6 (PSR) . Selain program ini pihak sekolah-sekolah akan mengadakan perjumpaan ibu bapa yang juga termasuk dalam program CPT berkenaan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mencapai matlamat 2017, iaitu mencapai kecemerlangan para pelajar minimum 90 peratus (A dan C).

CPT diadakan setiap dua bulan sekali yang bertujuan mendapatkan yang terbaik bagi semua pelajar di seluruh negara dan CPT4 pula dijangka akan diadakan pada bulan September depan.

ARTIKEL YANG SAMA