Sekolah lama terbakar

Sekolah lama terbakar

Oleh Arissa

 

LAWAS, 26 Ogos – Sebuah blok sekolah lama yang tidak digunakan lagi, SK Sundar musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6:46 itu, hampir 80 peratus blok sekolah jenis kayu berkenaan habis dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Zaki Hussin berkata dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian yang jauhnya 28 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan pada jam 6:46 pagi.

“Seramai enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Dua Masli Dollah berada di lokasi kejadian bagi melakukan kerja memadam kebakaran,” ujarnya.

Menurutnya lagi, operasi berjaya dikawal pada jam 7:27 pagi dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya setelah dua jam, dengan punca kejadian masih lagi disiasat.

RENTUNG...Sekolah lama SK Sundar yang terbakar pagi semalam.
RENTUNG…Sekolah lama SK Sundar yang terbakar pagi semalam.