Sekolah Los Angeles dibuka semula

Sekolah Los Angeles dibuka semula

LOS ANGELES, 16 Dis (AFP) – Sekolah-sekolah di Los Angeles dijangka dibuka semula hari ini selepas pihak berkuasa memastikan bahawa ancaman melalui e-mel yang mengakibatkan penutupan daerah sekolah kedua terbesar di AS dianggap tidak boleh dipercayai.

Keputusan drastik semalam untuk menutup lebih 900 buah sekolah dan supaya 640,000 orang pelajar tidak keluar rumah telah dibuat ekoran ‘banyaknya kewaspadaan’ dan di tengah serangan maut pada 2 Disember lalu di San Bernardino yang berhampiran, menurut superintenden sekolah-sekolah Ramon Cortines.

“Saya akan berjaga-jaga dengan nyawa pelajar,” kata Cortines, yang mengendali Los Angeles Unified School District (LAUSD).

Tetapi Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti memberitahu para pemberita lewat semalam “Kami kini boleh mengumumkan FBI telah memastikan ini adalah ancaman yang tidak boleh dipercayai.”

LAUSD berkata di Twitter bahawa kelas-kelas dan kegiatan selepas sekolah akan dimulai semula hari ini dengan menambah “Apabila menyentuh tentang kesejahteraan anak-anak kami, kami akan berjaga-jaga.”

Notis mengumumkan kelas dibatalkan di Sekolah Rendah Aldama di Kejiranan Highland Park, Los Angeles, California pada 15 Disember. – Reuters
Notis mengumumkan kelas dibatalkan di Sekolah Rendah Aldama di Kejiranan Highland Park, Los Angeles, California pada 15 Disember. – Reuters

Ancaman serupa juga dibuat ke atas sekolah-sekolah New York, tetapi para pegawai di sana berkata mereka menganggapnya tidak boleh dipercayai dari mula lagi dan menuduh para pegawai sekolah Los Angeles bertindak berlebih-lebihan.

Ahli kongres California Adam Schiff berkata e-mel itu, yang dihantar lewat Isnin lalu dari alamat IP di Frankfrut, Jerman, mungkin satu usikan.

“Penilaian awal ialah, ia adalah tipu helah untuk mengganggu daerah-daerah sekolah di bandar-bandar besar,” Schiff berkata melalui Twitter.

Tetapi Garcetti berwaspada bahawa terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

“Sama ada kenakalan jenayah, sama ada seseorang menguji mudahnya terdedah beberapa buah bandar, kami masih tidak cukup tahu untuk mengatakan dengan pasti,” katanya lagi.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran selepas beberapa anggota lembaga sekolah LA melaporkan menerima e-mel yang mengancam keganasan yang melibatkan beg galas dan bungkusan yang ditinggalkan di beberapa buah sekolah.”

ARTIKEL YANG SAMA