Sekolah Mariamana satukan pelajar

Sekolah Mariamana satukan pelajar

KIRKUK, Iraq, 6 Nov (AFP) – Kanak-kanak Kurdis, Arab dan Turki belajar di bilik darjah sama di sebuah sekolah yang mana di situ buku-buku teks Islam dan Kristian disusun di atas meja yang sama.

Sekolah Mariamana di bandar Iraq, Kirkuk adalah sekolah luar biasa di sebuah negara yang keunikan budayanya, agama dan etniknya diancam oleh konflik dan sektarianisme.

“Idea utama ialah sebuah sekolah yang akan dihadiri oleh pelbagai kumpulan etnik dan agama untuk membuang ketegangan dari masyarakat itu,” kata Zakia Matty Dawood, guru besar perempuan.

Sekolah itu adalah idea ketua Chaldean, Louis Sako yang masih menjadi ketua biskop Kirkuk apabila dia dibuka pada tahun 2012.

Kanak-kanak Iraq menghadiri kelas di sekolah Mariamana semalam dengan pelbagai etnik di dalam sebuah bilik darjah. - AFP
Kanak-kanak Iraq menghadiri kelas di sekolah Mariamana semalam dengan pelbagai etnik di dalam sebuah bilik darjah. – AFP

Bilangan murid kini tiga kali ganda kepada 150, termasuklah kira-kira 100 orang penganut Islam dan 50 penganut Kristian berusia enam hingga 12 tahun.

“Saya sukakan sekolah saya kerana saya belajar di sana, kerana saya bermain bersama-sama teman-teman saya,” kata Hamza, berusia sembilan tahun yang berpakaian kemas baju putih dan tali leher merah.

ARTIKEL YANG SAMA