Sekolah Menengah Chung Hwa berhari raya

Sekolah Menengah Chung Hwa berhari raya

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Sekolah Menengah Chung Hwa, di sini, tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

Pada sambutan berkenaan, murid-murid dibenarkan mengenakan pakaian Hari Raya yang berwarna-warni, sementara kanak-kanak yang bukan beragama Islam akan mengucapkan Selamat Hari Raya secara individu.

Mereka kemudiannya menyanyikan lagu-lagu Hari Raya dan menari beramai-ramai serta berkongsi hidangan.

Penolong Pengetua sekolah, Sim Man-Ling berkata, acara seperti ini adalah penting untuk kanak-kanak mempelajari kepelbagaian budaya dan menghormati semua agama.

Gambar ramai ketika majlis tersebut diadakan.
Gambar ramai ketika majlis tersebut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA