Sekolah Menengah Chung Hwa sertai HMUN 2016

Sekolah Menengah Chung Hwa sertai HMUN 2016

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Dua pasukan perwakilan pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, baru-baru ini telah menyertai Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Hwa Chong HMUN 2016 yang dianjurkan oleh Sekolah Antarabangsa Hwa Chong di Singapura.

Pasukan pertama terdiri daripada Liu Jia Hui, Dayang Alai Syafina binti Muhammad Haafizh Shah, Lim Mei Lin, Ngu Kah Shin dan Kon Thian Enn, manakala itu, pasukan kedua terdiri daripada Chua Yi En, Sai Saranya, Lee Wan Sze, Dayang Sarah Yasmin binti Hilman dan Josephine Wong Tshin Huei.

Model Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), juga dikenali sebagai Model UN atau MUN, merupakan persidangan yang dipimpin pelajar di mana pelajar bertindak sebagai perwakilan ke PBB dan terlibat dalam simulasi perbahasan jawatankuasa PBB.

HMUN 2016 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Mac yang lalu itu telah melibatkan lima majlis PBB iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF), Program Alam Sekitar PBB (UNEP), dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Setiap majlis telah diberi dua topik perbahasan, di mana pelajar, sebagai perwakilan yang mewakili negara-negara yang berbeza menyatakan pendirian mereka, pandangan, dan mencadangkan penyelesaian untuk memerangi isu-isu yang dibangkitkan.

Gambar ramai pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa.
Gambar ramai pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa.

Setiap MUN mematuhi peraturan yang ketat dan prosedur yang perwakilan pelajar mesti fahami dan patuhi.

Untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam persidangan MUN, semua peserta perlu menjalankan kajian menyeluruh mengenai isu-isu, dan juga negara-negara yang mereka wakili.

Pada dua hari pertama persidangan tiga hari itu, setiap jawatankuasa majlis terlibat dalam perbahasan hangat mengenai isu yang dibangkitkan.

Kemudian pada hari yang ketiga dan terakhir, semua jawatankuasa datang bersama-sama untuk membentangkan usul mereka untuk dihakimi bagi mencari kertas penyelesaian yang terbaik.

Semasa persidangan itu, pelajar bukan sahaja mengambil bahagian dalam perbahasan sengit dan perbincangan yang bernas, tetapi juga jenaka sekali-sekala yang meringankan suasana.

HMUN adalah satu pengalaman pembelajaran yang hebat, kerana pelajar diberi peluang untuk mengasah kemahiran bercakap, memperoleh kebolehan penyelidikan, dan mendapatkan gambaran yang lebih mendalam mengenai isu-isu semasa serta PBB.

ARTIKEL YANG SAMA