Sekolah Menengah Rimba anjur Program K.A.S.I.H

Sekolah Menengah Rimba anjur Program K.A.S.I.H

BANDAR SERI BEGAWAN – Sekolah Menengah Rimba telah menganjurkan program K.A.S.I.H. di Taman Bio Inovasi, Kampung Tungku.

Ia adalah program yang diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2013 untuk meningkatkan pencapaian keputusan Peperiksaan GCE ‘O’ Level bagi Tahun 11.

Program itu dilaksanakan melalui permuafakatan bersama di antara guru sebagai ibu bapa angkat dan pelajar sebagai anak angkat dalam memastikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan GCE O Level 2015 akan berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Pemilihan kumpulan sasaran dari kalangan pelajar Tahun 11 adalah berdasarkan objektif yang hendak dicapai iaitu untuk merangsang motivasi dan kesedaran kepada pelajar terutama bagi yang berada di “Borderline Passing Marks” selepas menduduki Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Guru turut membimbing pelajar di sepanjang program tersebut.
Guru turut membimbing pelajar di sepanjang program tersebut.
Pelajar berasa bangga kerana dapat melaksanakan program tersebut.
Pelajar berasa bangga kerana dapat melaksanakan program tersebut.
Para pelajar cukup teruja untuk melaksanakan aktiviti dalam program itu.
Para pelajar cukup teruja untuk melaksanakan aktiviti dalam program itu.
Di antara pelajar-pelajar yang berjaya melaksanakan program tersebut.
Di antara pelajar-pelajar yang berjaya melaksanakan program tersebut.
Para pelajar giat bekerjasama sesama mereka.
Para pelajar giat bekerjasama sesama mereka.

pgm4_150616_f

Selain itu, program ini turut memberikan tekad keyakinan dan menekankan pembentukan sahsiah diri secara menyeluruh di dalam diri pelajar bagi mempersiapkan kemampuan mereka dalam mengharungi medan peperiksaan nanti. Dengan itu, program ini memadukan usaha dan tenaga setiap jabatan bagi membina keyakinan dan motivasi yang tinggi di kalangan pelajar dari segi intelektual, fizikal, emosi, mental dan rohani.

Di samping itu, melalui program ini dapat merapatkan hubungan di antara ibu bapa angkat dan anak angkat serta ibu bapa atau penjaga pelajar dalam program yang telah diungkayahkan dari awal tahun lagi.

Secara tidak langsung, penganjuran program ini juga dapat melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

ARTIKEL YANG SAMA