Sekolah Pai Yuek terima sumbangan peranti pintar

Sekolah Pai Yuek terima sumbangan peranti pintar

Oleh Sim Y. H.

 

TEMBURONG, 11 Jun – Dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini melalui penggunaan teknologi canggih, lima usahawan menyumbangkan empat unit peranti pintar dan sebuah mesin cetak kepada Sekolah Pai Yuek, Temburong.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di sekolah itu, kelmarin, di mana Dato Lee Ching Siang, Wong Chung Hong, Gilbert Tiong, Vincent Pao dan Wong Chi Ngiing, masing-masing menyumbangkan satu unit peranti pintar Acer Iconia Tab 8 serta sebuah mesin cetak yang diterima oleh Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah berkenaan, Lim Eng Ming dan pengetua sekolah berkenaan, Ang Wah Bin.

Selain untuk membantu para pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka, sumbangan peranti pintar itu juga dapat digunakan oleh para guru bagi melayari bahan-bahan mengajar dalam talian bagi membantu dalam pembelajaran mereka.

Awang Lim Eng Ming dan Ang Wah Bin menerima sumbangan peranti pintar daripada lima orang usahawan iaitu Dato Lee Ching Siang, Wong Chung Hong, Gilbert Tiong, Vincent Pao dan Wong Chi Ngiing.
Awang Lim Eng Ming dan Ang Wah Bin menerima sumbangan peranti pintar daripada lima orang usahawan iaitu Dato Lee Ching Siang, Wong Chung Hong, Gilbert Tiong, Vincent Pao dan Wong Chi Ngiing.

ARTIKEL YANG SAMA