Sekolah Persediaan Arab semarakkan Ramadan

Sekolah Persediaan Arab semarakkan Ramadan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan Derma kepada Anak-Anak Yatim.

Hadir bagi menyertai dan menyempurnakan penyampaian derma di majlis yang berlangsung di Dewan Musolla An-Nur sekolah berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah (Insitusi Pengajian) Jabatan Pengajian Islam, Hajah Surbiah binti Haji Tengah.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas beramai-ramai oleh kalangan pelajar Tahun 5 dan 6 berserta guru-guru. Majlis kemudian disusuli dengan bacaan takhtim serta doanya.

Hari ini, seramai 23 anak-anak yatim daripada pelajar tahun 5 dan 6 di sekolah berkenaan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dalam usaha untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh anak-anak yatim lebih-lebih lagi untuk musim perayaan Hari Raya yang akan menjelang nanti. Majlis juga bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan para pelajar di samping memupuk rasa kasih dan cinta terhadap Al-Quran.

Hajah Surbiah semasa menyempurnakan penyampaian derma.
Hajah Surbiah semasa menyempurnakan penyampaian derma.
Antara guru-guru yang menyertai majlis khatam Al-Quran berkenaan.
Antara guru-guru yang menyertai majlis khatam Al-Quran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA