Sekolah PGGMB adakan konvokesyen

Sekolah PGGMB adakan konvokesyen

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Ke arah menyuntik semangat para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan, Sekolah Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar hari ini mengadakan Majlis Konvokesyen bagi pelajar Kindergarten 3 dan penyampaian hadiah bagi pelajar peringkat rendah yang telah berlangsung di dewan serba guna, sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah ialah Presiden PGGMB, Haji Antin bin Ahad.

Majlis tersebut dimulakan dengan Majlis Konvokesyen Kindergarten 3 dan disusuli dengan penyampaian sijil pelajar terbaik 2016 bagi penerima Tahun 1 sehingga Tahun 6 serta penyampaian anugerah dan sijil kepada Pelajar Terbaik 2015 untuk Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Pemain Futsal Terbaik.

Majlis bertujuan menghargai pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka dan cemerlang dalam pembelajaran mereka, di samping mendorong pelajar-pelajar lain untuk mencapai kejayaan serupa.

Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil.
Tetamu kehormat majlis semasa menyempurnakan penyampaian sijil.

ARTIKEL YANG SAMA