Sekolah Sains dan Kejuruteraan juara

Sekolah Sains dan Kejuruteraan juara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Sekolah Sains dan Kejuruteraan telah dinobatkan sebagai juara Pesta Sukan Politeknik Brunei 2016 yang telah berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pagi tadi.

Di tempat kedua pula telah jatuh kepada Sekolah Perdagangan dan diikuti oleh Sekolah Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di tempat ketiga.

Manakala itu, di tempat keempat ialah Sekolah Sains Kesihatan dan kelima ialah Ahli Kakitangan Politeknik Brunei.

Pesta sukan pagi tadi itu menyaksikan pertandingan larian 800m, 400m, 200m, 100m, 1500m, 4x400m, 4x100m bagi peserta lelaki dan perempuan.

Hari terakhir pesta itu juga menyaksikan penyertaan jemputan institusi pengajian tinggi lain bagi acara Larian 4 x 100m dengan penyertaan Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Antara acara yang dipertandingkan kelmarin.
Antara acara yang dipertandingkan kelmarin.
Sebahagian yang hadir dalam Pesta Sukan Politeknik Brunei 2016 yang berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Sebahagian yang hadir dalam Pesta Sukan Politeknik Brunei 2016 yang berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

Pesta Sukan Politeknik Brunei 2016 ini telah dilancarkan pada 7 Ogos yang lalu dengan acara pertandingan bola sepak yang diadakan di Sekolah Menengah Berakas di mana pertandingan itu telah dimenangi oleh Sekolah Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Di samping itu juga, pesta sukan ini merangkumi Maraton 6km, Futsal, bola tampar, dodgeball, bola keranjang, bola jaring, boling, frisbee, badminton dan juga tarik kalat.

Pesta sukan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Politeknik Brunei di samping meningkatkan lagi kemahiran para pelajar dalam bidang-bidang sukan.

Pesta sukan itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA