Sekolah St. James lancar Minggu Bahasa Inggeris

Sekolah St. James lancar Minggu Bahasa Inggeris

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT – Sekolah St. James hari ini memulakan Minggu Bahasa Inggeris dan Kempen Menderma Buku yang dilancarkan oleh Pengetuanya, Haji Mohd Masa Masdi bin Mohd Sa’idun.

Menurut Timbalan Pengetua Sekolah itu, Leonardo M. Amo, Minggu Bahasa Inggeris bertujuan memastikan penggunaan betul bahasa dan menjiwai bahasa kedua sekolah itu.

Sepanjang minggu ini, beberapa aktiviti melibatkan Bahasa Inggeris seperti forum, ceramah, kuiz dan pertandingan sebagainya akan diadakan bagi memeriahkannya.

Haji Mohd Masa Masdi melancarkan Minggu Bahasa Inggeris Sekolah St. James.
Haji Mohd Masa Masdi melancarkan Minggu Bahasa Inggeris Sekolah St. James.
Leonardo melancarkan kempen derma buku sempena Minggu Bahasa Inggeris Sekolah St. James.
Leonardo melancarkan kempen derma buku sempena Minggu Bahasa Inggeris Sekolah St. James.

“Kami berharap pelajar dapat menggunakan bahasa ini untuk berinteraksi dalam kalangan rakan sekolah dan keluarga mereka di rumah,” katanya.

Manakala kempen derma buku bertujuan menggalakkan pelajar sekolah menderma buku teks dan bahan bacaan yang tidak lagi digunakan untuk menambah koleksi buku-buku di perpustakaan sekolah itu.

ARTIKEL YANG SAMA