Sekolah Stella kekalkan kecemerlangan

Sekolah Stella kekalkan kecemerlangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Sekolah Stella sekali lagi berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya apabila mencapai 100 peratus pelajar lulus dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015, dengan 44 daripada 102 pelajarnya berjaya memperolehi keputusan 5A.

Sehubungan itu, baru-baru ini, sekolah berkenaan telah mengadakan Majlis Graduasi di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) untuk semua pelajar Tahun 6 di sekolah berkenaan.

Kejayaan ini merupakan tahun ke-10 secara berturut-turut sekolah itu mencapai kadar kelulusan 100 peratus, setelah mengendalikan peperiksaan tersebut bermula pada tahun 2006.

Keriangan para pelajar yang dirai semasa majlis itu.
Keriangan para pelajar yang dirai semasa majlis itu.