Sekolah Sungai Akar ‘A’ juara futsal PGGMB

Sekolah Sungai Akar ‘A’ juara futsal PGGMB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh PGGMB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Sekolah Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Sungai Akar ‘A’ muncul juara setelah menewaskan Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB Lambak ‘A’ dengan jaringan 2-0 pada Kejohanan Futsal 7 Sepasukan bersempena Sambutan Hari Keluarga PGGMB Tahun 2016 di Padang Sekolah Rendah Mabohai, di sini, hari ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh STJ, PGGMB itu bertujuan untuk mengisi masa lapang setelah tamat tempoh peperiksaan buat para pelajar cawangan-cawangan sekolah PGGMB iaitu STJ PGGMB Madang, STJ PGGMB Lambak dan PGGMB Sungai Akar.

Tampil di tempat ketiga bersama pula Pasukan Sekolah PGGMB Sungai Akar ‘B’ dan pasukan STJ PGGMB Lambak ‘B’.

Antara lain tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan para pelajar setiap cawangan sekolah PGGMB selain untuk mengamalkan aktiviti sihat untuk dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam memupuk semangat cinta sukan.

Gambar ramai guru-guru dan murid-murid pada kejohanan tersebut.
Gambar ramai guru-guru dan murid-murid pada kejohanan tersebut.

Seterusnya, aktiviti ini juga diadakan agar boleh mengenal pasti bakat-bakat terpendam yang ada pada pelajar-pelajar agar mudah digilap.

Aktiviti Kejohanan Futsal 7 Orang Sepasukan ini merupakan salah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Pusat PGGMB dan sekolah-sekolah.

Penyerahan hadiah kepada para pemenang akan diadakan di Sekolah PGGMB, Sungai Akar pada 27 November nanti.

ARTIKEL YANG SAMA