Sekolah tetap dibuka

Sekolah tetap dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Persekolahan penggal kedua tetap diteruskan dan tiada lanjutan untuk Cuti Penggal Pertama Persekolahan seperti yang disebarkan melalui teks pesanan ringkas ketika negara dilanda jerebu dan cuaca panas.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, persekolahan penggal kedua akan bermula Isnin, 4 April 2016 dan orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang awam.

ARTIKEL YANG SAMA