Sektor Halal, Indusri Petroleum jadi tarikan pelajar

Sektor Halal, Indusri Petroleum jadi tarikan pelajar

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Sektor Halal dan Industri Petroleum menjadi tarikan untuk melanjutkan pengajian tinggi di negara ini kerana melihat senario dan perkembangannya dengan lebih dekat akan memberikan gambaran bagaimana negara ini berjaya dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Perkara itu disuarakan oleh Ziv Huang, pelajar jurusan Perniagaan dan Ekonomi yang akan memulakan pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai pelajar pertukaran selama enam bulan bermula 11 Januari 2016 ini.

Ketika ditemui semasa membuat pendaftaran pada hari pertama Minggu Pelajar Baru (Freshers’ Week) UBD bagi sesi pengajian 2016 di Dewan Canselor UBD, beliau memberitahu ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke negara Asia tenggara dan cukup teruja untuk melanjutkan pengajiannya di sini.

“Kedatangan saya ke negara ini secara peribadi, merupakan impian menjadi kenyataan kerana saya banyak membaca dan diceritakan tentang Industri Halal yang terbaik dan juga Industri Petroleum yang tercanggih daripada sumber di Taiwan,” ujarnya.

Beliau pada mulanya mendapat tawaran yang sama di Thailand namun setelah mendapat tawaran untuk ke negara ini, beliau tanpa ragu memilih Brunei Darussalam sebagai destinasi program pertukaran pelajarnya.

Ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam.
Ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam.
Antara pelajar yang bakal mengikuti pengajian di UBD bermula 11 Januari 2016 ini.
Antara pelajar yang bakal mengikuti pengajian di UBD bermula 11 Januari 2016 ini.

“Saya ingin melihat pengukuhan hubungan kerjasama banyak bidang antara kedua-dua negara termasuk kebudayaan dan agama Islam sendiri bagi manfaat yang boleh dikongsi bersama pihak berkenaan di negara asal saya,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelajar dalam program pertukaran yang sama, Ahmad Khanafi dari Indonesia yang juga membuat pengajian dalam fakulti yang sama, meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk datang dan menimba ilmu di bumi Darussalam ini.

“Budaya dan agama tidak banyak berbeza di antara Brunei dan Indonesia dan ini adalah satu kelebihan bagi saya untuk menerokai negara ini tanpa hirau isu pemakanan dan aspek lain termasuk bab ibadah dan agama,” ujar Ahmad kepada Media Permata.

Menurutnya, gambaran pertama ketika tiba di negara ini adalah bersih dan tertib, katanya, budaya inilah yang dicari bagi golongan penduduk bandar terutama di Jakarta yang sememangnya sibuk dan pesat.

Pada majlis yang sama, Dayang Aimee Amalina binti Haji Zulaili yang memilih pengajian dalam Sarjana Perguruan pula mengongsikan bahawa hasrat untuk menjadi guru mendorong beliau untuk menyambung pengajiannya dalam Bahasa Inggeris di UBD.

Sekumpuan bekas pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang.
Sekumpuan bekas pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang.
Ahmad Khanafi merupakan pelajar pertukaran selama enam bulan di UBD.
Ahmad Khanafi merupakan pelajar pertukaran selama enam bulan di UBD.
Dayang Aimee Amalina berkata hasrat untuk menjadi guru mendorong beliau untuk menyambung pengajiannya dalam Bahasa Inggeris di UBD.
Dayang Aimee Amalina berkata hasrat untuk menjadi guru mendorong beliau untuk menyambung pengajiannya dalam Bahasa Inggeris di UBD.

“Sepanjang pengajian sebelum ini di UBD, pada saya ‘Discovery Year’ adalah pengalaman yang paling manis kerana berpeluang untuk terlibat dengan program pertukaran pelajar di Indonesia sebelum menjalani latihan bersama ILIA di UBD,” ujarnya.

Pada majlis itu, Media permata turut berkesempatan untuk menemu bual sekumpulan pelajar baru yang mendaftar bagi sesi pengajian Januari 2016, antaranya Dayangku Nursyafiqah binti Pengiran Haji Bakar, Dayangku Nur Ammal Nadzirah Puteri binti Pengiran Jaya, Dayang Nurul Syazwani binti Yassin dan Dayang Nurizzatul Najiah binti Haji Hamdani.

Bekas pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang ini menyatakan perasaan teruja mereka untuk melanjutkan pengajian di universiti terunggul Brunei Darussalam ini kerana pada mereka, ini merupakan salah satu lagi langkah untuk menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman buat bekalan dalam pekerjaan suatu hari nanti.

Mereka sepakat menyatakan untuk mengambil peluang terbaik ini menimba ilmu kerana pada usia muda ini adalah masa terbaik dan semangat untuk belajar masih segar sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Dayangku Nursyafiqah berkata, pengalaman mengambil jurusan Unibridge tahun lalu memberi beliau gambaran terbaik akan jurusan yang bakal diambilnya dalam sesi pengajian kali ini di UBD.

ARTIKEL YANG SAMA