Sektor pelancongan halal perlu dikaji

Sektor pelancongan halal perlu dikaji

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Penggerak pelancongan perlu bekerjasama dengan sektor lain terutama dalam mendapatkan maklumat dan pengalaman mengenai Islam dan Halal.

Wakil Penasihat Kehormat menteri pelancongan Indonesia, Syamsul Lussa berkata kerjasama ini akan memberikan manfaat kepada pihak terlibat, sekali gus akan memberikan peluang kepada penggerak pelancongan untuk mengatur strategi yang berlandaskan keislaman terutama dalam memberikan perkhidmatan destinasi pelancongan Islam.

“Jika kita amati tiada tempat yang benar-benar selamat dan dijamin keselamatannya di dunia ini kerana itu lumrah yang sudah perlu manusia terima, namun seperti di Indonesia pengalaman pahit sebelum ini banyak mengajar kami untuk lebih proaktif,” ujarnya lagi semasa membincangkan tajuk ‘Menangani Stereotaip Negatif mengenai Islam dan Menyalurkan Mesej-mesej Positif’ pada sesi petang Seminar Sumbangan Budaya Islam dan Impaknya Kepada Pasaran Pelancongan Asia yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

Beliau seterusnya mengongsikan bahawa, kerajaan Indonesia melalui Kementerian Pelancongan dan kementerian-kementerian lain di sana terus sepakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelancongan ketika berada di sana.

Antara peserta yang menghadiri Seminar Sumbangan Budaya Islam dan Impaknya Kepada Pasaran Pelancongan Asia di Hotel Antarabangsa Rizqun.
Antara peserta yang menghadiri Seminar Sumbangan Budaya Islam dan Impaknya Kepada Pasaran Pelancongan Asia di Hotel Antarabangsa Rizqun.
Perbincangan turut diadakan semasa seminar yang dipengerusikan oleh Imtiaz Muqbil.
Perbincangan turut diadakan semasa seminar yang dipengerusikan oleh Imtiaz Muqbil.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Perkara itu turut dipersetujui salah seorang lagi panel iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cresent Rating Organization (Singapura), Fazal Bahardeen yang menegaskan, sektor pelancongan perlu mengadaptasikan kemajuan dan pembangunannya dengan trend kesejahteraan sejagat.

“Kita perlu menggunakan terminologi yang betul untuk sampai kepada pihak tertentu kerana ia boleh diinterpretasikan secara keras atau sebaliknya, jika kita kurang hati-hati membuat mesej terutama dalam perihal pelancongan Islam dan halal, ia boleh saja diambil negatif oleh mereka yang tidak beragama Islam,” tegasnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Pengerusi Pusat Perancangan dan Pembangunan Pelancongan Institut Teknologi Bandung (Indonesia), Budi Faisal menekankan supaya sektor pelancongan halal perlu dikaji sedalam-dalamnya.

“Setiap negara perlu memperkukuhkan dasar masing-masing kerana pada saya teknologi bukanlah segala-galanya dan teras dan dasar yang digubal akan menjadi landasan terbaik memperkembangkan sektor ini,” ujarnya.

Seminar yang menampilkan tiga ahli panel itu telah dipengerusikan oleh Konsultan Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO), Imtiaz Muqbil.

ARTIKEL YANG SAMA