Sektor pendidikan S’wak ditambah baik

Sektor pendidikan S’wak ditambah baik

KUCHING, 9 Sept – Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak bertambah baik dari semasa ke semasa.

Timbalan Menterinya P.Kamalanathan berkata sehubungan itu beliau akan kerap mengadakan lawatan ke negeri ini bagi memastikan segala keperluan pendidikan Sarawak dipenuhi.

Menurutnya disamping keperluan, lawatannya akan turut mendengar dan membawa segala permintaan kerajaan negeri ke peringkat tertinggi agar sektor pendidikan Sarawak tidak diabaikan.

“Dalam dua tiga bulan sekali saya buat lawatan ke Sarawak untuk melihat keperluan dan juga membawa permintaan negeri ini khususnya dalam sektor pendidikan untuk perhatian kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Gita 2, di sini hari ini. – Bernama

Kamalanathan (kiri) bergambar bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chabau Asahan Melaka Ibrahim Rasol (kanan) setelah sekolah itu diumumkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2015 bagi Kategori Sekolah Kebangsaan pada 6 September lalu. – Bernama