Sektor perladangan kelapa sawit Sabah bergantung pekerja luar

Sektor perladangan kelapa sawit Sabah bergantung pekerja luar

SANDAKAN, 20 Sept – Sektor perladangan kelapa sawit di negeri ini bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja dari Indonesia.

Pengerusi Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (EMPA), Masri Pudin berkata, ini disebabkan rakyat tempatan tidak suka bekerja di sektor berkenaan.

“Ini masalah dihadapi sektor perladangan kelapa sawit di negeri ini di mana 90 peratus pekerja adalah dari negara jiran itu. “Masalah tenaga buruh terus menjejaskan sektor perladangan kelapa sawit biarpun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama kertas kerja pada Seminar Mekanisme Minyak Sawit di sini, hari ini.

Seminar tiga hari bermula semalam dirasmikan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wira Ahmad Hamzah. – Bernama

Pengerusi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkuat kuasa 1 September lalu. – Bernama
Pengerusi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkuat kuasa 1 September lalu. – Bernama