Sektor perniagaan berita dalam talian ‘bersemangat’

Sektor perniagaan berita dalam talian ‘bersemangat’

WASHINGTON, 23 Ogos – Tiba-tiba perniagaan berita dalam talian menjadi “bersemangat”.

Wang mengalir ke dalam usaha berita digital pada kepesatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ketika para pelabur menjangkakan kecepatan peralihan dari media biasa, dan kaedah baru untuk menjana hasil dari berita.

BuzzFeed menjadi tajuk berita minggu lalu dengan suntikan modal AS$200 juta daripada NBCUniversal, Comcast dan dengan pengumuman usaha sama dengan Yahoo Jepun bagi para pembaca Jepun.

Awal bulan ini, Vox Media juga mendapat $200 juta dari NBCU ketika syarikat baru itu berusaha mengukuhkan laman sesawang beritanya termasuklah Vox.com, The Verge, Re/code dan Bleacher Report.

Vox dan BuzzFeed menyertai kelab “unicorns” atau perniagaan baru dibiayai usaha sama bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion, sebuah kumpulan yang juga termasuklah Vice Media, yang mendedahkan pembiayaan AS$500 juta tahun lalu.

BuzzFeed turut menjadi tajuk berita utama minggu lepas apabila ia mendapat suntikan AS$200 juta daripada beberapa pihak selain pengumuman mengenai usaha sama dengan Yahoo Jepun bagi para pembaca Jepun.
BuzzFeed turut menjadi tajuk berita utama minggu lepas apabila ia mendapat suntikan AS$200 juta daripada beberapa pihak selain pengumuman mengenai usaha sama dengan Yahoo Jepun bagi para pembaca Jepun.

Aliran modal ke sektor itu menunjukkan keyakinan dalam kemampuan media digital untuk berhubung dengan para pembaca – terutamanya penggemar lebih muda yang menjauhi media biasa – dan menjana keuntungan, kata para penganalisis.

“Buat masa ini persaingan kuasa. Ini adalah syarikat yang cepat berkembang dan mereka mesti cepat berkembang,” kata Ken Doctor, seorang penganalisis media firma penyelidikan Outself.

Doctor berkata kunci bagi pertubuhan ini ialah menarik tumpuan ‘generasi anak masa kini’ atau anak-anak muda yang lahir selepas 1980 yang jarang sekali melanggan penerbitan cetak atau televisyen kabel dan yang mendapat kebanyakan kandungan cetak dari online.

“Pemasar kecil-kecilan telah menemui generasi masa kini ketika mereka semakin meraih kuasa,” beliau memberitahu AFP.

Menariknya, kebanyakan wang yang mengalir ke dalam pertubuhan ini datangnya dari media biasa, yang sedang mencari jalan baru untuk menangani peralihan ke berita digital.

ARTIKEL YANG SAMA