Sektor swasta mampu bantu negara

Sektor swasta mampu bantu negara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCI) Brunei Darussalam, dari sektor bukan kerajaan dan ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah menghadiri majlis Hard Talk yang diadakan di Restoran Vanda, Hotel Orchid Garden, hari ini.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Presiden DPPMB, Dr Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib dan Presiden NCCI, Haji Razali bin Haji Johari itu mengetengahkan topik ‘Kesejahteraan Sosioekonomi Semasa NBD’

Dr. Haji Kamaruddin dalam ucapannya telah mempersoalkan bagaimana sektor swasta boleh membantu Negara Brunei Darussalam dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai sasaran fiskal di samping menambah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang diinginkan pada masa yang sama.

Menurut beliau, masalah terbesar yang berterusan sejak dekad lalu adalah menyelesaikan masalah mewujudkan ekonomi selepas minyak dan amalan semasa yang jelas.

Jelasnya, terdapat tiga asas utama yang telah dibayangkan iaitu meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan kecekapan selaras dengan permintaan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi mantap, mengurangkan perbelanjaan fiskal melalui pengkorporatan dan penswastaan menepati masa dan terkhir, mengurangkan kos yang signifikan seperti unit kos buruh, kos mikroekonomi, kos transaksi dan/atau kos agensi.

Antara para peserta yang menghadiri Hard Talk itu.
Antara para peserta yang menghadiri Hard Talk itu.
Dr Haji Kamaruddin semasa menyampaikan ucapan
Dr Haji Kamaruddin semasa menyampaikan ucapan
Haji Razali semasa perbincangan petang kelmarin.
Haji Razali semasa perbincangan petang kelmarin.

“Setelah menekankan kepentingan produktiviti dan impak kos yang positif, saya dengan sukacita melaporkan bahawa DPPMB pada masa ini tidak perlahan dalam mengikuti momentum pada masa lalu.”

Sehubungan dengan itu, tambahnya, DPPMB kini mengambil inisiatif mengadakan dialog dengan beberapa agensi dan kementerian untuk melanjutkan memperkasa sektor swasta berdaya bergerak dengan lancar.

Beliau melahirkan harapan agar perbincangan ini akan dapat menanamkan penggunaan sektor swasta dan masyarakat perusahaan secara efektif untuk mengatasi masalah dan isu berkenaan di samping untuk memastikan ekonomi secara keseluruhan membuat penggunaan sektor swasta terus lengkap menikmati kestabilan ekonomi, kemakmuran di luar daripada usia pertumbuhan berdasar minyak.

Haji Razali kemudian menjelaskan, antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa majlis itu ialah ekonomi Negara Brunei Darussalam, sektor perniagaan, sektor industri, sosioekonomi, ‘enablers’, peluang-peluang baru dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).