Sekumpulan pemberontak diburu

Sekumpulan pemberontak diburu

Zamboanga, Filipina, 15 Sept (AFP) – Sekumpulan pemberontak Islam terkenal dengan memenggal kepala beberapa orang mangsa telah melepaskan sekumpulan pekerja jalan yang diculik berikutan dengan pemburuan pihak polis dan tentera di selatan Filipina, kata seorang pegawai semalam.

Seramai 11 orang tebusan telah diculik oleh Abu Sayyaf pada Isnin ketika dalam perjalanan untuk bekerja di sebuah projek jalan yang dibiayai oleh kerajaan di pulau terpencil di Basilan.

Dua orang telah melepaskan diri tidak lama selepas penculikan mereka manakala selebihnya ditinggalkan oleh penculik selepas dikejar selama enam jam oleh pihak polis dan tentera, Penguasa kanan Oscar Nantes, Ketua Polis di pulau ini berkata.

“Kumpulan Abu Sayyaf didesak untuk meninggalkan dan melepaskan mangsa mereka untuk mengalihkan perhatian pasukan keselamatan,” Nantes memberitahu wartawan. Tiada mangsa telah dicederakan, katanya, sambil menambah pemburuan lelaki bersenjata itu masih diteruskan.

Beliau berkata, Abu Sayyaf, sebuah kumpulan yang mempunyai beberapa ratus orang yang ditubuhkan pada 1990-an dengan sumber kewangan daripada rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden, telah mengganggu projek jalan raya dan menuntut bayaran peras ugut.

Kumpulan itu terlibat dalam penculikan untuk membiayai operasi, sering mensasarkan orang Kristian dan orang asing dan kadang-kadang memenggal kepala tawanan jika wang tebusan tidak dibayar.

Seorang pegawai kampung Filipina diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf telah ditemui dipancung di lebuh raya di Pulau Jolo bulan lepas, manakala dua orang pengawal pantai juga ditawan oleh golongan pelampau ketika melarikan diri semasa serangan tentera.

ARTIKEL YANG SAMA