Sekurang-kurangnya 10 terbunuh letupan di Thailand

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh letupan di Thailand

BANGKOK, 17 Ogos (AFP) – Sekurang-kurangnya 10 orang telah terbunuh dan kebanyakannya lagi cedera apabila sebutir bom meletup hari ini di luar kuil terkenal di Bangkok, ketua polis Thailand berkata.

“Sejauh mana yang saya tahu lebih daripada 10 orang terbunuh, banyak telah cedera. Dapatan kami mendapati terdapat sebutir bom di dalam kuil,” Chaktip Chijinda memberitahu televisyen Channel 9.

“Kami sedang memeriksa jika terdapat bom kedua.”

Bahagian-bahagian badan bertaburan di seluruh jalan selepas letupan itu berlaku di luar Kuil Erawan di pusat bandar daerah Chidlom, seorang wartawan AFP menyaksikan.

Motosikal terbakar dan bersepah di tempat kejadian, bersama dengan kaca yang pecah.

Seorang yang cedera dikejarkan ke hospital apabila sebutir bom meletup di sebuah kuil di Thailand. - AFP
Seorang yang cedera dikejarkan ke hospital apabila sebutir bom meletup di sebuah kuil di Thailand. – AFP

Erawan merupakan kuil yang sangat terkenal kepada golongan beragama Hindu bertuhankan Brahma dan juga telah dilawat oleh penganut Buddha setiap hari.

Ia terletak di jalan utama melalui pusat komersial Bangkok dan dikelilingi oleh tiga pusat beli-belah utama.

Polis dan ambulan bergegas ke tempat kejadian setelah bom tersebut meletup kira-kira jam 7.00 malam waktu setempat.