Sekurang-kurangnya 12 orang dalam perhatian

Sekurang-kurangnya 12 orang dalam perhatian

SYDNEY, 23 Nov (AFP) – Para pegawai Australia hari ini berkata mereka menyedari tentang 12 orang lelaki atau budak lelaki dalam masyarakat yang mereka percayai mungkin melakukan perbuatan ganas, ketika Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengadakan mesyuarat keselamatan negara.

Canberra semakin bimbang tentang prospek serangan bersendirian oleh individu-individu yang mendapat inspirasi dari kumpulan-kumpulan seperti kumpulan IS dan pengetatan undang-undang cegah keganasan sedang dilaksanakan.

Enam serangan di Australia telah digagalkan tahun lalu, menurut kerajaan. Tetapi beberapa serangan tidak, termasuklah seorang kakitangan polis ditembak mati di Sydney bulan lalu oleh penyerang berusia 15 tahun yang dilaporkan melaungkan slogan agama.

Ketua cegah keganasan Polis Persekutuan Australia Neil Gaugham memberitahu televisyen ABC bahawa sekumpulan 12 lelaki atau budak lelaki yang mampu melakukan perbuatan ganas sedang diperhatikan secara dekat.

“Saya berpendapat tidak diragui bahawa terdapat kumpulan kecil di Sydney yang terlibat dalam kegiatan yang mahu mengganggu cara hidup rakyat Australia,” katanya.

Penyiar kebangsaan mengatakan 12 orang itu adalah sebahagian dari sebuah kumpulan besar yang mempunyai 19 orang anggota, tujuh daripada mereka meringkuk di penjara.

ARTIKEL YANG SAMA