Sekurang-kurangnya 67 maut, aram-aram runtuh

Sekurang-kurangnya 67 maut, aram-aram runtuh

BEIJING, 24 Nov – Sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh dalam keruntuhan aram-aram pada pagi ini di sebuah tapak pembinaan di timur wilayah China Jiangxi, lapor media negara.

Satu platform kerja di menara penyejuk kilang tenaga yang sedang dibina di bandar Fengcheng roboh pada kira-kira pukul 7:30 pagi, kata seorang pegawai dengan Pentadbiran Keselamatan Kerja tempatan menerusi telefon.

Beliau meletak jumlah kematian pada 22 orang tetapi Agensi berita Xinhua berkata angka tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 67 pada petang ini.

Xinhua tidak memetik sumber maklumat dan panggilan ke pejabat maklumat kerajaan tempatan tidak berjawab. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA