Sekurang-kurangnya 67 maut, aram-aram runtuh

Sekurang-kurangnya 67 maut, aram-aram runtuh

BEIJING, 24 Nov – Sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh dalam keruntuhan aram-aram pada pagi ini di sebuah tapak pembinaan di timur wilayah China Jiangxi, lapor media negara.

Satu platform kerja di menara penyejuk kilang tenaga yang sedang dibina di bandar Fengcheng roboh pada kira-kira pukul 7:30 pagi, kata seorang pegawai dengan Pentadbiran Keselamatan Kerja tempatan menerusi telefon.

Beliau meletak jumlah kematian pada 22 orang tetapi Agensi berita Xinhua berkata angka tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 67 pada petang ini.

Xinhua tidak memetik sumber maklumat dan panggilan ke pejabat maklumat kerajaan tempatan tidak berjawab.

Xinhua berkata jumlah orang yang tidak diketahui masih terperangkap dalam runtuhan. Televisyen dan gambar daripada tapak menunjukkan paip besi dan papan kayu bertaburan di lantai menara penyejuk konkrit.

Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan para pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup selepas satu platform kerja di menara penyejuk kilang tenaga yang sedang dibina di bandar Fengcheng roboh. – AP
Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan para pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup selepas satu platform kerja di menara penyejuk kilang tenaga yang sedang dibina di bandar Fengcheng roboh. – AP

China telah mengalami beberapa siri kemalangan industri dalam beberapa bulan ini dan menyalahkan rasuah, sikap tidak menghiraukan keselamatan dan tekanan untuk menambah pengeluaran di tengah ekonomi meleset.

Ketua syarikat logistik baru-baru ini diberikan hukuman mati tergantung berhubung letupan besar di sebuah gudang bahan kimia di utara pelabuhan Tianjin pada tahun lalu yang membunuh 173 orang, kebanyakan mereka anggota bomba dan pegawai polis.

Pada Jun 2015, seramai 442 orang terbunuh dalam penenggelaman kapal persiaran di Sungai Yangtze disebabkan keputusan tidak bijak yang diambil oleh kapten dan krew, sementara 81 orang terbunuh pada Disember apabila tanah pergunungan buatan manusia dan bahan buangan roboh di hampir tiga dozen bangunan di selatan pusat pengeluaran selatan Shenzhen. – AP