Sekutu dalang serangan Paris maut di Syria

Sekutu dalang serangan Paris maut di Syria

WASHINGTON, 30 Dis – Seorang pemimpin Negara Islam (IS) yang ada hubungan ‘langsung’ dengan dalang serangan Paris adalah antara 10 orang atasan kumpulan itu yang terbunuh di Syria dan Iraq bulan ini, kata Pentagon semalam.

Tentera AS berkata serangan sedemikian membantu melemahkan kumpulan jihad, yang menakluki sebahagian besar kawasan Iraq dan Syria pada tahun lalu tetapi baru-baru ini melihat halangan besar termasuk kehilangan Ramadi di Iraq pada minggu ini.

Jurucakap tentera AS Kolonel Steve Warren berkata warga Perancis Charaffe el Mouadan terbunuh dalam satu serangan gabungan pimpinan AS pada 24 Disember. Beliau telah berkomplot serangan selanjutnya ke atas Barat, kata Warren.

“Beliau adalah seorang anggota ISIL di Syria yang mempunyai hubungan langsung dengan Abdelhamid Abaaoud, pemimpin sel serangan Paris,” kata Warren dalam satu panggilan video, menggunakan akronim alternatif untuk kumpulan IS.

Abaaoud terbunuh dalam satu serangan polis di Paris lima hari selepas serangan pada 13 November yang menyebabkan 130 orang terbunuh dan beratus lagi cedera dalam beberapa siri serangan di seluruh ibu negara Perancis. Satu sumber Perancis, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, memberitahu AFP tidak adanya bukti menunjukkan Mouadan terbabit dalam serangan Paris.

Kediaman Charaffe Mouadan di Drancy, subbandar paris yang dirakamkam kelmarin. Mouadan yang ada hubungan langsung dengan dalang serangan Paris adalah antara pemimpin kanan IS yang terbunuh di Syria. - AFP
Kediaman Charaffe Mouadan di Drancy, subbandar paris yang dirakamkam kelmarin. Mouadan yang ada hubungan langsung dengan dalang serangan Paris adalah antara pemimpin kanan IS yang terbunuh di Syria. – AFP

Namun pegawai itu berkata Mouadan adalah rapat dengan Samy Amimour, salah seorang pengebom berani mati yang menyerang tempat muzik Bataclan.

Mouadan, 26, membesar di pinggir bandar Paris dan anak lelaki kepada ibu bapa kelahiran Maghribi dan seorang daripada lapan adik-beradik. – AFP