Selamat budak dalam perigi

Selamat budak dalam perigi

SHIJIAZHUANG, 9 Nov – Para penyelamat di utara wilayah Hebei sedang bertungkus-lumus seharian untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang terperangkap dalam sebuah perigi terbiar selama lebih 60 jam.

Lebih 500 para penyelamat dan kira-kira 100 penggali sedang bekerja di perigi kering sedalam 40 meter di Daerah Lixian, Bandar Baoding.

Budak itu, 6, jatuh ke dalam perigi pada malam Ahad ketika membantu memetik sayur bersama ayahnya.

Ayahnya kemudian meminta bantuan menerusi aplikasi laman sosial Wechat dan para penyelamat bersama orang awam berkejar ke tempat kejadian untuk membantu apa yang terdaya.

Dengan perigi berdiameter 30 sentimeter itu terlalu sempit untuk mana-mana orang dewasa memasukinya, para penyelamat berusaha menggali perigi itu untuk cuba sampai kepada budak lelaki berkenaan.

Sejauh ini, syaf itu telah dilebarkan kepada 100 meter, dan oksigen telah dipamkan ke dalam perigi.

Belum ada tanda-tanda orang ditemui, walaupun para penyelamat hampir mencecah ke bawah perigi.

Para penyelamat telah dihambat oleh tanah berpasir lembut, yang mudah terdedah kepada runtuhan. Langkah-langkah telah diambil untuk menyokong syaf semasa penggalian itu.

Dalam masa tiga hari yang lalu, ramai anggota awam secara sukarelanya turut membantu penyelamatan itu dengan mendermakan wang dan makanan.

Penduduk tempatan juga berduyun-duyun ke tempat kejadian untuk menyediakan makanan bagi pasukan penyelamat.

Kisah itu secara meluasnya dikongsi dan di-bincangkan dalam Internet, dan siaran langsung dari tempat kejadian juga dipaparkan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA