Selamat datang Budapest Operette

Selamat datang Budapest Operette

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Penggemar muzik klasik dan orkestra akan berpeluang untuk menikmati persembahan muzik yang merdu dan menarik daripada Kumpulan Budapest Operette and Musical Theatre semasa Toyota Classics 2015 yang akan berlangsung di Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong pada 10 Oktober bermula jam 8 malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd, hari ini, acara muzikal edisi ke-21 itu akan menyaksikan kumpulan orkestra dari Budapest menyampaikan persembahan opera yang berkualiti tinggi serta akan menawan para penonton sepanjang persembahan mereka.

Sehubungan dengan itu etibaan kumpulan orkestra berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada lewat malam kelmarin dialu-alukan oleh Jawatankuasa NBT.

Ketua Pengarah bagi kumpulan orkestra itu, Gyorgy Lorinczy, di petik menyatakan penghargaan kepada NBT (Brunei) Sdn Bhd di atas kehadiran mereka untuk mengalu-alukan ketibaan kumpulan berkenaan serta menyatakan keseronokan mereka kerana dijemput dan diberikan peluang untuk membuat persembahan bagi penonton mereka di Negara Brunei Darussalam.

Kumpulan Budapest Operette ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lewat malam kelmarin.
Kumpulan Budapest Operette ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lewat malam kelmarin.

Beliau berkata bahawa kumpulannya pernah membuat persembahan di Brunei pada 2005 tetapi kesemua ahli kumpulan persembahan yang hadir pada persembahan kali ini, merupakan ahli yang buat kali pertama berada dan bakal membuat persembahan di Brunei.

Sementara itu, konduktor orkestra, Laszlo Maklary, berkata ahli orkestranya amat gembira untuk membuat persembahan di hadapan penonton mereka di Brunei dan akan menyampaikan persembahan opera yang unik.

Beliau berharap para penonton di Brunei akan terhibur dengan persembahan yang akan diketengahkan pada malam Sabtu itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA