Selamat datang Mourinho

Selamat datang Mourinho

MANCHESTER, 24 Mei (AFP) – Jose Mourinho kini diambang menunaikan impiannya untuk mengurus kelab gergasi England Manchester United selepas pengurusan bermasalah dua tahun Louis van Gaal kini berakhir.

Laluan itu kini sudah jelas buat bekas pengurus Chelsea itu untuk disahkan sebagai bos United baru selepas Van Gaal dipecat semalam, kerana gagal untuk melayakkan antara kelab terbesar dunia itu masuk ke saingan Liga Juara-Juara.

Ejen Mourinho, Jorge Mendes dilaporkan oleh media Britain untuk berada dalam rundingan untuk menetapkan perjanjian itu.

Ia menetapkan peringkat untuk salah satu watak yang paling menarik sukan itu untuk akhirnya menguruskan Red Devils selepas kerjaya yang memberangsangkan di pihaknya dengan 21 trofi utama, termasuk tiga takhta Liga Perdana Inggeris dan dua gelaran Liga Juara-Juara.

Mourinho dipecat oleh Chelsea pada Disember lepas selepas kempen teruk dicemari dengan pemain-pemain bintang kelab itu yang membuatkan ia tidak boleh ditanggung lagi oleh pemilik kelab Roman Abramovich apabila pasukan juara musim lepas itu, berada dekat dengan zon peyingkiran.

Gambar kenangan Mourinho bersama Louis van Gaal. – AP
Gambar kenangan Mourinho bersama Louis van Gaal. – AP

Kini pengurus serba boleh dan berkontroversi itu berharap untuk mengembalikan reputasinya dengan mengembalikan kilauan kepada United.

Mourinho yang berpakaian kasual menolak untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh para pemberita apabila dia keluar dari rumahnya di London dan terus masuk ke dalam kereta pada awal pagi ini.

BBC berkata pelantikan pengurus Portugis tidak mungkin dimuktamadkan pada Selasa tapi dijangkakan akan diselesaikan dalam minggu ini.

Sementara itu, Van Gaal berkata dia “begitu kecewa” apabila dipecat 48 jam selepas memimpin United untuk memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace pada Sabtu lepas. Namun aksi pengakhiran United di tangga kelima dalam saingan Liga Perdana dan terlepas untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara, menjadikan alasan kukuh buah pemilik kelab untuk memecatnya.