Selamat datang

Selamat datang

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Beberapa pasukan luar negara yang menyertai Festival Bolasepak Serantau Bawah 14 Tahun (B14) AFC 2015 Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam mula tiba di negara ini kelmarin seperti Filipina, Thailand dan Timor Leste.

Festival yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini akan dirasmikan pada jam 4 petang, Selasa ini di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

Perlawanan pertama semasa majlis perasmian nanti adalah di antara pasukan tuan rumah dengan Filipina dari Kumpulan A, yang dijadualkan sepak mulanya pada jam 4:35 petang.

Perlawanan pertama Kumpulan B antara Vietnam dengan Singapura dijadualkan sepak mulanya pada pukul 4:40 petang hari yang sama, tetapi akan mengambil tempat di Kompleks Sukan Berakas (KSB).

NFABD menjemput dan mengalu-alukan orang ramai khususnya para peminat sukan bolasepak tanahair supaya beramai-ramai datang menyaksikan perlawanan di sepanjang berlangsungnya festival itu nanti.

Pasukan Bawah 14 Tahun Timor Leste tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyertai Festival Bola Sepak Serantau B-14 AFC.
Pasukan Bawah 14 Tahun Timor Leste tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyertai Festival Bola Sepak Serantau B-14 AFC.

Tiket masuk ke tempat-tempat perlawanan iaitu Padang & Balapan, KSNHB dan KSB adalah percuma, di samping turut disediakan hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi para penonton ketika rehat separuh masa bagi setiap perlawanan di sepanjang festival, khusus buat 50 penonton pertama yang datang.

Festival berkenaan mendapat sokongan Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ditaja oleh Kuang Wei Advertising & Display Sdn Bhd, Ideal Group Holdings Sdn Bhd, NBT (B) Sdn Bhd, Orchid Garden Hotel, Superwater Marketing Sdn Bhd, Brunei Press Sdn Bhd, Brunei Times Sdn Bhd, Aewon Brunei, Magic Media, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dan Ranoadidas.com.

Dengan sokongan daripada pihak kerajaan dan syarikat tempatan, NFABD ingin menyeru orang ramai supaya akan berterusan memberikan sokongan kepada Pasukan Kebangsaan B14, Tabuan U14 yang turut di bawah pimpinan Ketua Jurulatih, Takao Fujiwara, turut menyertai festival ini.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai festival, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nfabd.org.

ARTIKEL YANG SAMA