Selamat kembali

Selamat kembali

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Kumpulan pertama seramai 206 orang jemaah haji negara selamat kembali ke tanah air dengan pesawat BI 4212, hari ini.

Pesawat Royal Brunei (RB) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas pada pukul 9:55 pagi membawa seramai 146 orang jemaah haji yang mengikuti pakej Darussalam Holdings Sdn Bhd, 49 jemaah haji yang mengikuti pakej Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd serta enam orang pegawai Maktab Hal Ehwal Haji Perubatan, tiga pegawai Darussalam Holdings Sdn Bhd dan dua pegawai dari Straits Central Agencies Sdn Bhd.

Jadual penerbangan pertama tertangguh selama hampir sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada pukul 7:15 malam, 28 September 2015 dan seharusnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 8:40 pagi, sebalik mendarat kira-kira sejam kemudian.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengalu-alukan kepulangan jemaah haji Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Salah seorang jemaah bergambar ramai bersama ahli keluarganya. (GAMBAR ATAS DAN BAWAH) Tangisan gembira semasa menyambut kepulangan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.
Salah seorang jemaah bergambar ramai bersama ahli keluarganya. (GAMBAR ATAS DAN BAWAH) Tangisan gembira semasa menyambut kepulangan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

pg03_150930_a

pg03_150930_c

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan Duta Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab Zar’ah.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Penerbangan kedua kepulangan para jemaah negara ke tanah air dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 11.30 pagi esok (30 September 2015).

ARTIKEL YANG SAMA